10 Tip Untuk Menjayakan Pelancaran Produk Anda

Tahukah anda bahawa hanya 35% daripada produk yang dilancarkan didapati berjaya selepas pelancarannya?

Di zaman internet ini, adalah amat sukar bagi produk baru untuk mendapat perhatian orangramai kerana jumlah maklumat setiap hari adalah terlampau banyak dan taraf peringatan menjadi singkat.

Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya melancarkan produk baru anda, adalah penting untuk menjana kesedaran jenama, mengadakan bajet yang cukup, dan mewujudkan kredibiliti. Memahami dan menjadi mahir dalam penggunaan media adalah penting.

Berikut adalah 10 tip untuk menentukan perjalanan anda menjadi lebih mudah:

  1. Mengikut Harvard Business Review, kesilapan nombor satu dalam pelancaran produk baru adalah mengabaikan keperluan untuk melakukan penyelidikan. Keyakinan tidak cukup untuk melancarkan produk yang berjaya: Ujian, angka, data, dan ulasan pelanggan adalah penting untuk memastikan kejayaan.
  2. Mesti jangka pertambahan permintaan. Jika pelancaran produk anda berjaya, pastikan syarikat anda boleh berkembang untuk memenuhi permintaan.
  3. Jangan over-claim. Risalah pemasaran anda harus menyatakan apa yang sebenarnya produk anda bagus dan apa manfaat kepada pengguna.
  4. Uji produk anda. Tentukan uji produk anda diuji seawal yang mungkin dan kerap di uji sebelum pelancaran. Amalan sebegini akan memastikan sebarang kecacatan dapat ditemui sebelum dilancarkan.
  5. Hargai senarai pengguna. War-warkan laman web anda yang menyasarkan pendaftaran e-mel. Adalah penting untuk terus mengekalkan minat bakal pelanggan anda dengan memberi maklumat terkini mengenai tarikh dan maklumat majlis pelancaran produk
  6. Ketahui pasaran anda. Apakah strategi segmentasi pasaran anda? Elakkan keterlebihan atau underselling pada kumpulan pasaran asas anda.
  7. Sengaja bocorkan maklumat produk anda untuk membina minat dan viral. Penggunaan Twitter, treler video, dan video produk demo akan membantu untuk meningkatkan momentum minat untuk produk anda.
  8. Letakkan matlamat. Menetapkan matlamat akan membantu anda menentukan kejayaan pelancaran anda, jadi ia adalah penting untuk mengambil langkah ini. Matlamat anda akan menjadi panduan anda dan membantu anda kekal di landasan yang betul semasa proses perancangan anda. Selalu lihat semula progres pencapaian matlamat; ini dapat memastikan bagaimana setiap tindakan anda berjaya atau tidak menyokong matlamat. Anda akan dapat menggunakan masa dan sumber anda dengan lebih bijak.
  9. Banyak bersabar. Bagi syarikat-syarikat startup yang mengeluarkan produk bertaraf revolusioner, jangan meletakkan harapan terlalu tinngi. Susulan ke atas pelanggan yang penting dan terus menerus membina siaran akhbar, temu bual, dan testimoni yang menyokong produk baru anda. Sasarkan untuk mengembangkan ROI anda secara organik.
  10. Think Out Of The Box. Pemasaran secara alternatif seperti kaedah Viral sudah pasti tidak akan menjejaskan peluang anda untuk berjaya. Berfikir di luar kotak.

Kami berminat untuk mendengar idea-idea inovatif yang lain untuk mewujudkan perhatian pengguna di sekitar pelancaran produk. Sila gunakan ruang komen di bawah atau tweet kami di @thecapitaltv dengan hashtag #ideainnovasi

Comments are closed.