AKU BOLEH

Aku Boleh merupakan sebuah rancangan yang memaparkan aktiviti-aktiviti lasak yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Rancangan ini akan memberi info-info yang berguna kepada penonton berkenaan dengan faktor keselamatan, lokasi aktiviti, pengetahuan asas berkaitan dengan aktiviti lasak dan banyak lagi.

Setiap Selasa, jam 8.30 malam

AKU BOLEH Episod 1

‘Rock Climbing’ merupakan sukan lasak yang semakin mendapat perhatian terutama di kalangan remaja. Sukan ini juga menjadi aktiviti hujung minggu bagi mereka yang gemarkan aktiviti yang lasak. Jadi, AK dan Herleena akan mencuba sukan lasak ini di Gua Damai XPark yang terletak di Gombak, Selangor. Adakah mereka akan berjaya hingga ke puncak?

AKU BOLEH Episod 2

Sukan lasak yang menjadi pilihan Aku Boleh pada minggu ini adalah ‘Mountain Bike’. Ketahanan mental dan fizikal Herleena dan Khairul diuji melalui teknik mereka mengendalikan sukan lasak berbasikal ini.

AKU BOLEH Episod 3

Setelah mencuba aktiviti-aktiviti lasak, Herleena dan Khairul semakin berminat untuk menjadikannya sebagai aktiviti wajib mereka setiap hujung minggu. Untuk minggu ini, mereka telah mencuba aktiviti-aktiviti lasak di Tadom Base, di Banting Selangor. Ingin tahu apa yang menarik di Tadom Base? Jangan lupa untuk menonton Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 4

“Wind Surfing” adalah antara aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Minggu ini Herleena dan Khairul masing-masing mencabar diri untuk mencuba aktiviti lasak ini. Dengan bantuan pelatih yang mempunyai pengalaman yang luas dalam aktiviti ini, adakah mereka berjaya melakukannya? Segalanya terjawab dalam Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 5

Bagi mengisi hujung minggu, A.K dan Herleena telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekumpulan peminat kenderaan pacuan empat roda. Mereka meneroka keindahan semulajadi di dalam hutan dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Mereka juga ditemani oleh seorang tetamu jemputan, siapakah dia? Segalanya terjawab dalam Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 6

Sungai Lembing yang terletak di Kuantan Pahang merupakan antara tempat yang menjadi tumpuan pada mereka yang menggemarkan aktiviti lasak. Minggu ini A.K dan Herleena bercadang untuk menyertai sebuah program larian berhalangan “Mad Warrior” di Sungai Lembing. Namun pada saat-saat akhir, Herleena tidak dapat menyertai program tersebut. Adakah A.K akan meneruskan hasratnya? Ataupun membatalkannya? Jangan ketinggalan untuk mengetahui keputusan yang diambil oleh A.K dalam  Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 7

Ketahanan mental dan fizikal Herleena dan A.K teruji apabila mereka mencuba dua aktiviti lasak pada minggu ini. Adakah mereka berjaya menguasai setiap teknik aktiviti-aktiviti lasak ini? Segalanya terjawab dalam Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 8

‘River Tubing’ merupakan aktiviti berasaskan air yang terkenal di kalangan penggemar aktiviti lasak. Pada minggu ini, Herleena dan A.K telah pergi ke Perak untuk mencuba sendiri aktiviti ini. Jadi, jangan ketinggalan bersama mereka dalam Aku Boleh.

AKU BOLEH Episod 9

Demi mencari kelainan dalam misi mereka sebagai penggemar aktiviti-aktiviti lasak, Herleena dan A.K telah pergi ke Kedah untuk mencuba sendiri ‘river boarding’, ‘abseiling’ dan ‘river crossing’. Bersama mereka menerokai keindahan alam semulajadi di Sungai Sedim yang terletak di daerah Kulim dalam Aku Boleh.

Comments are closed.