Saturday, 18 August 2018
Home Blog

Capital TV is now called Channel W

0

Capital TV has changed its name and focus into a new platform that serves our growing audience better in today’s environment. You can now follow us both on TV and online:

This website www.capitaltv.my will no longer be updated and by end of January 2018 all traffic will be directed to the Channel W website.

Evolusi Capital TV – Januari 2018

0

Kedatangan 2018 akan menyaksikan satu evolusi bagi Capital TV. Identiti baru. Konsep baru. Muka-muka baru. Tunggu kedatangannya 3 Januari 2018

Disney beli 21st Century Fox sebanyak RM220 bilion

0

Dalam satu pergabungan 2 gergasi industri hiburan, Disney akan membeli 21st Century Fox dalam satu transaksi bernilai RM220 bilion (USD 54 billion).

Bukan sahaja Disney akan memiliki studio filem 20th Century Fox, rangkaian TV 20th Century Fox Television, rangkaian kabel TV milik Fox seperti FX, National Geographic, Star TV & Sky; Disney juga akan memiliki hak IP bagi filem Star Wars yang asal (Star Wars Ep IV), karakter X Men termasuk Wolverine dan Deadpool.

Disney dilapurkan mempunyai cita-cita untuk melancarkan servis online streaming (seperti netflix dan iFlix) kepunyaan mereka sendiri dan pembelian 21st Century Fox dan aset nya yang berkuasa tinggi pasti akan menguatkan kapasiti Disney bagi mencapai hasrat mereka itu.

Bajet 2018: Analisa Selepas Pembentangan

0

Rakaman siaran langsung post-budget analysis pada 27 Oktober 2018, pukul  6 petang.

Panelis
  • Wan Idris Wan Ibrahim – Managing Partner, Idris Ibrahim & Co.
  • Zuohar Mohd Rosli – Researcher, DM Analysis
  • Professor Dr. Saadiah Mohamad – Professor of Economics, Arshad Ayub Graduate Busiess School, UiTM
  • Azman Bidin – Treasurer General, Perdasama

Potret Hijrah

0

Satu rancangan khas Maal Hijrah bersama Yatt Hamzah & Aisha Azra Jemal Abdullah

Tablet & Laptop Dilarang Didalam Kabin Pesawat ke UK & USA

0

Jikalau anda akan ke UK atau Amerika Syarikat, sila ambil tahu bahawa tablet, laptop, pemain DVD, permainan komputer dan gajet elektronik lain mungkin tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam kabin pesawat yang menuju ke UK dan USA.

Hari ini UK mengikut jejak langkah Amerika Syarikat yang melarang barangan elektronik yang saiznya lebih besar dari telefon bimbit dari dibawa masuk kedalam kabin pesawat yang datang dari beberapa negara tertentu dari Timur Tengah dan Afrika. Barangan seperti ini mesti disimpan masuk dalam bagasi checked-in.

Mengikut kenyataan dari jabatan Homeland Securities, langkah ini diambil kerana kononnya mendapat maklumat perisikan bahawa pihak ekstremis dan pengganas sedang mencari cara inovasi untuk meletupkan kapalterbang dan barangan yang tersebut mungkin digunakan sebagai bom.

banned-laptop

LARANGAN KE AMERIKA SYARIKAT

Penerbangan dari 10 lapangan terbang berikut adalah tertakluk kepada larangan tersebut: Cairo; Istanbul; Kuwait City; Doha, Qatar; Casablanca, Morocco; Amman, Jordan; Riyadh and Jeddah, Saudi Arabia; Dubai & Abu Dhabi dari United Arab Emirates.

Dalam satu emel sulit kepada kesemua syarikat penerbangan yang terlibat, kerajaan Amerika Syarikat memberi tempuh 96 jam untuk mereka mematuhi syarat tersebut. Setakat ini tiada tarikh tamat larangan yang diberi.

POLISI LAST PORT OF EMBARKATION

Larangan ini akan digunapakai mengikut polisi Last Port Embarkation, iaitu dari lapangan terbang terakhir penumpang itu menaiki pesawat. Jadi walaupun anda memulakan perjalanan dari Malaysia (yang tidak termasuk dalam senarai terlibat) tetapi transit di Abu Dhabi sebelum ke New York, maka larangan ini akan berkuatkuasa.

LARANGAN KE UK

hd-map-airports-stateskm

Larangan ke UK berbeza sedikit kerana hanya penerbangan dari Turki, Lebanon, Egypt, Saudi Arabia, Jordan dan Tunisia sahaja yang termasuk dalam senarai.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Department for Transport kepada Parlimen UK, spesifikasi larangan yang terlibat ialah jika ianya melebihi saiz 16.0cm x 9.3cm x 1.5cm.

 

Terengganu Berjaya Tarik Pelaburan RM24 billion

0

Kuala Terengganu – 19 Mac 2017

Selepas mesyuarat Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Negeri Terengganu hari ini, CEO ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John menyatakan bahawa antara tahun 2007 hingga 2016, negeri Terengganu telah meraih RM29.4 bilion pelaburan domestik dan asing, sekaligus mewujudkan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.

Pelaburan yang kukuh di Terenganu itu dijana oleh pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan, yang telah menyumbang 51.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan, diikuti sektor bioekonomi sebanyak 22.6 peratus.

Pelaburan oleh syarikat Bumiputera turut menjadi penggerak penting kepada pertumbuhan sosioekonomi Terengganu, di mana 57 projek Bumiputera bernilai RM3.7 bilion telah menerima sama ada insentif cukai daripada ECERDC, geran daripada TERAJU@ECER atau kedua-duanya sekali.

Daripada jumlah ini, 41 projek Bumiputera di dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan bernilai RM736.4 juta, telah menerima manfaat daripada Dana Mudahcara TERAJU@ECER berjumlah RM101.2 juta.

Mesyuarat Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER ini telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

ECERDC telah mengenalpasti beberapa projek utama di kawasan ECER termasuk pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) and Akuapolitan Kuala Nerus di Terengganu dan juga

  • pembangunan pelancungan Kampung Laut dan Tok Bali Industrial Park di Kelantan
  • membangunkan Kuantan sebagai satu Bandar Pelabuhan ala ‘Rotterdam of the East
  • projek memproses makanan laut di Endau-Rompin dan pembangunan industri pelancungan di Mersing, Johor
  • kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan di Tasik Chini Biosphere Reserve

Tentang ECER dan ECERDC

ecer-map

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu serta melaksanakan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). ECERDC menjadi pendukung utama dalam menetapkan arah tuju, dasar dan strategi pembangunan sosioekonomi ECER dengan menggalakkan dan membawa pelaburan ke Wilayah ini.

Wilayah ECER yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor, kini merupakan wilayah yang sedang pesat membangun dan menjadi destinasi pelaburan yang unik, dinamik dan berdaya saing.

ECER meliputi kawasan seluas 66,000 km per segi atau 51% daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Wilayah ini didiami oleh seramai 4.3 juta penduduk, atau 15% daripada jumlah penduduk Malaysia. Pertumbuhan ekonomi di Wilayah ini dipacu oleh lima kelompok ekonomi utama, iaitu Pelancongan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Perniagaan Tani dan Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan.

Kelompok-kelompok ini disokong oleh pembangunan dalam bidang Pengangkutan, Prasarana, Hartanah dan Persekitaran untuk menjadikan Wilayah ini sebagai sebuah destinasi yang ideal untuk perniagaan, pelaburan dan gaya hidup yang berkualiti.

Kl Atcc Mercu Tanda Industri Penerbangan Awam Negara

0
SEPANG, 14 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (kanan) ketika melihat model bangunan 'Kuala Lumpur Air Traffic Control Center' (KL ATCC) pada upacara pecah tanah projek itu berhampiran KLIA, hari ini. Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEPANG, 14 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (kanan) ketika melihat model bangunan 'Kuala Lumpur Air Traffic Control Center' (KL ATCC) pada upacara pecah tanah projek itu berhampiran KLIA, hari ini.    Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
SEPANG, 14 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (kanan) ketika melihat model bangunan ‘Kuala Lumpur Air Traffic Control Center’ (KL ATCC) pada upacara pecah tanah projek itu berhampiran KLIA, hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kompleks pusat kawalan trafik udara (KL ATCC) baharu Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam industri penerbangan awam negara, kata perdana menteri datuk seri najib tun razak.

Ketika merasmikan majlis pecah tanah kompleks bernilai RM650 juta hari ini, Najib berkata Kl Atcc baharu itu akan membentuk satu lagi pencapaian dalam program transformasi negara bagi meningkatkan mutu penyampaian awam.

Jika perkhidmatan trafik udara diuruskan dengan teratur dan efisien sudah pasti ia akan membuahkan rasa percaya dan yakin terhadap industri penerbangan dan pengangkutan udara di Malaysia.”

Kompleks itu menempatkan operasi kawalan trafik udara bagi ruang udara Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur Flight Information Region’ (KL FIR) bagi menjadi tunjang utama bagi keseluruhan trafik udara di negara ini termasuk sebagai pusat koordinasi sistem mencari dan menyelamat (SAR) bagi jabatan penerbangan awam (DCA).

Projek Kl Atcc itu merupakan titik permulaan pelaksanaan penstrukturan semula ruang udara Kl Fir apabila ia siap dibina.

Penstrukturan semula ruang udara Kl Fir itu akan membolehkan klia, satu-satunya lapangan terbang di rantau ini, beroperasi pada tahap maksimum melalui operasi tiga landasan secara serentak.

Operasi secara serentak ini disasarkan dapat mempertingkat kapasiti landasan di KLIA secara keseluruhannya daripada 78 kepada 108 pergerakan pesawat sejam, yang merupakan antara tertinggi di dunia.

Peningkatan itu, dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara melalui perkembangan industri penerbangan negara yang berterusan.

Najib turut mengumumkan DCA akan ditransformasikan sebagai badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pertengahan tahun ini.

Penubuhan CAAM itu akan memastikan urusan membabitkan industri penerbangan awam malaysia memenuhi piawaian dan tatacara keselamatan penerbangan awam yang disyorkan pertubuhan penerbangan awam antarabangsa (ICAO).

Penubuhan CAAM itu akan memberi kebebasan kepada badan itu untuk menyusun dan menempatkan pegawai teknikal berkelayakan bagi memastikan obligasi Malaysia dalam memastikan keselamatan industri penerbangan awam negara adalah selaras dengan aspirasi ICAO

Santai Familia Musim 2

0

Setiap Isnin, Jam 8.30 malam di saluran 420 Capital Tv, Hypp Tv

Setiap Isnin, Santai familia adalah program berunsurkan percutian yang akan memaparkan diari perjalanan ke tempat-tempat menarik dan unik di sekitar malaysia.

Selain tempat menarik, pengacara santai familia iaitu fiona cheong turut sama membantu penonton meneroka aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung ketika bercuti di lokasi percutian.

House Hunt Musim 2

0

Jumaat, 8.30 Malam di Saluran 420, Capital TV, Hypp Tv

Setelah House Hunt Musim Pertama berjaya mencuri hati penonton Capital TV, House Hunt Musim Kedua akan kembali menemui anda Januari ini. House Hunt Musim Kedua akan lebih menarik dan penuh dengan informasi yang berkaitan dengan pembelian rumah.

Seperti biasa pelbagai aksi dan gelagat pembeli rumah akan kita lihat menerusi House Hunt Musim Kedua ini. Adakah kesemua mereka akan mendapat rumah idaman, yang memenuhi setiap cita rasa mereka? Nak tahu jangan ketinggalan bersama dengan House Hunt Musim Kedua setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, hanya di HyppTV saluran 420, Capital TV.

Must Read

- Advertisement -