Setiap Selasa 8.30 malam

Di Sebalik Kudrat merupakan sebuah rancangan yang akan memaparkan kerjaya-kerjaya yang dianggap remeh oleh segelintir masyarakat namun ia sukar untuk dilakukan. Hanya individu yang tertentu sahaja yang akan bertahan. Selami perasaan dan pengalaman mereka dalam Di Sebalik Kudrat.

Penerbit Rancangan: ROWIN BERAHIM
Pembantu Penerbit: RAMIS HAMADUL
Tayangan Pertama: 3 Mei 2016

Episod 1: Tugas sebagai seorang Anggota Bomba bukan satu kerjaya yang mudah, ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Minggi ini, Di Sebalik Kudrat akan mengupas kerjaya sebagai seorang Anggota Bomba di Balai Bomba Sri Hartamas.

Episod 2: Sempena Hari Guru, Di Sebalik Kudrat minggu ini akan menyelami kehidupan seorang guru yang mengajar kanak-kanak istimewa di sebuah sekolah yang terletak di Setapak. Kerjaya seorang guru memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memastikan setiap murid-murid yang diajar mendapat ilmu yang sempurna.

Episod 4: Menjadi seorang penjaga kepada warga emas bukanlah calang-calang orang yang mampu bertahan dengan setiap kerenah mereka, namun individu ini sanggup mengorbankan masanya bersama keluarga bagi memastikan setiap seorang warga emas di bawah jagaannya berada dalam keadaan yang sihat.