“JEMPUT MAKAN” menampilkan 4 orang eksekutif muda berkerjaya, berkarakter dan berlatar belakang berbeza. Mereka dipertemukan buat pertama kali untuk berentap sesama mereka merebut gelaran tuan rumah yang sempurna. Uniknya program ini, ia akan diselang-selikan dengan perbualan sosial, kritikan dan pendapat sambil menjamu selera. Ingin tahu apa yang dibualkan? Semuanya dalam rancangan “Jemput Makan”.

Setiap Rabu, jam 8.30 malam.

JEMPUT MAKAN Episod 1

Siapa sangka sifat kelincahan Paris ini mampu  ke dapur untuk memasak? Dengan kehidupan yang sibuk adakah paris dapat menojolkan masakan yang enak? Adakah Paris mampu memikat keseluruhan citarasa peserta nantikan.

JEMPUT MAKAN Episod 2

Sebagai seorang usahawan yang kian meningkat maju dalam perusahan dan perniagaan, adakah Aaron mampu memasak dan menyediakan makanan yang hebat kepada tiga lagi rakannya yang juga turut bersaing untuk menjadi yang terhebat dalam rancangan Jemput Makan?

JEMPUT MAKAN Episod 3

Dapatkah dengan hanya mengagumi adat dan warisan Melayu mampu untuk menjadikan Bahirah seorang yang pandai memasak masakan tradisional Melayu? Hanya di Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 4

Pada episod kali ini, rancangan Jemput Makan bakal membawa penonton ke rumah Nazmi untuk merasai dan melihat kehebatan beliau ketika di dapur menyediakan masakan yang hebat. Namun, Nazmi terpaksa menunda pertemuan mereka empat sahabat di rumahnya kerana beliau terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja. Tetapi Nazmi tidak mahu menghampakan rakan-rakannya. dan meminta bantuan salah seorang teman rapatnya iaitu Hajar.Adakah Hajar mampu untuk menambat hati peserta lain dengan masakannya?

JEMPUT MAKAN Episod 5

Mampukah Nazmi, seorang yang sangat mementingkan penampilan diri menyediakan masakan yang hebat. Mampukah masakan tersebut menambat hati peserta yang lain? Semuanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 6

Pada episod kali ini, rancangan Jemput Makan bakal membawa penonton ke pusingan ‘battle’ diantara Paris dan Aaron. Seperti yang telah dipertontonkan dalam episod yang lepas, Aaron dan Paris seperti mempunyai konflik antara mereka berdua. Dengan bertemakan masakan ala Cina, mampukah Aaron dan Paris menyediakan masakan terbaik pada episod minggu ini? Adakah konflik diantara mereka berdua memberi kesan kepada ‘battle’ pada episod kali ini? Masakan siapakah yang lebih hebat? Siapakah yang akan mendapat markah yang lebih tinggi? Semuanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 7

Html code here! Replace this with any non empty text and that's it.

JEMPUT MAKAN Episod 8

Episod ke 8 Jemput Makan menyaksikan ‘battle berpasangan iaitu Aaron bersama Nazmi berdepan Paris dan Bahi menyediakan makan malam. Mampukah Aaron bersama Nazmi mengatasi ‘girls power’? Apa pula drama dan konflik kali ini? Saksikan Jemput Makan!

JEMPUT MAKAN Episod 9

Rancangan Jemput Makan pada episod kali ini bakal memaparkan pusingan ‘battle’ berkumpulan dimana Bahi dan Aaron bakal dipasangkan sebagai satu kumpulan. Manakala, Paris dan Nazmi merupakan kumpulan lawan mereka. Sesuatu telah berlaku dalam episod kali ini apabila Bahi telah menampar Nazmi. Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Apa pula konflik diantara mereka pada kali ini? Masakan pasukan mana yang paling memberangsangkan? Segalanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 10

Rancangan Jemput Makan pada episod kali ini bakal meneruskan pusingan ‘battle’ berkumpulan dimana Bahi dan Nazmi bakal dipasangkan sebagai satu kumpulan. Manakala, Aaron dan Paris merupakan kumpulan lawan mereka. Apa pula konflik diantara mereka pada kali ini? Masakan pasukan mana yang paling memberangsangkan? Adakah Aaron dan Paris mampu untuk bekerjasama di dapur? Segalanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 11

Rancangan Jemput Makan sudah hampir ke penghujungnya. Pada minggu ini, dua peserta dengan markah tertinggi setakat ini, Paris dan Nazmi akan berlawan bagi menentukan hidangan pencuci mulut yang terbaik. Siapakah yang akan memproleh markah yang lebih tinggi? Apa pula kisah mereka 4 sahabat ini?  Segalanya dalam Jemput Makan hanya di Capital TV.

JEMPUT MAKAN Episod 12

Rancangan Jemput Makan telah sampai ke pusingan ‘battle’ yang terakhir diantara Aaron dan Bahi. Mampukah Aaron dan Bahi menyediakan masakan yang menarik? Mampukah mereka memperoleh markah yang tertinggi berbanding yang lain? Segalanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 13

Rancangan Jemput Makan telah  hampir ke kemuncak. Pada minggu lepas, para penonton telah mengetahui pemilik markah tertinggi ‘Jemput Makan’, iaitu Paris. Pada episod kali ini, Paris telah membawa peserta yang lain ke sebuah tempat yang menarik bagi meraikan kejayaan beliau. Segalanya dalam Jemput Makan.

JEMPUT MAKAN Episod 14

Rancangan Jemput Makan telah sampai ke penghujungnya. Setelah berminggu-minggu mereka bersama, memasak masakan kegemaran mereka, kini tiba episod penutup. Pelbagai suka dan duka telah mereka harungi bersama. Segalanya dalam Jemput Makan.

SHARE
Previous articleAKU BOLEH
Next articleLEGASI NIAGA