Kanta Residensi Musim 2

Setiap Isnin 8.30 malam

Ketahui rahsia bisnes hartanah dan tip-tip untuk berjaya dalam pembelian dan pelaburan dalam hartanah di negara kita. Setiap minggu kita akan bersama pakar bidang hartanah yang akan menjawab persoalan yang anda mungkin tertanya-tanya.

Penerbit Rancangan: NADIA MARLINA MAHFUZUDDIN

Peguam & Hartanah

Mungkin ramai yang bertanya kenapa kita perlu gunakan khidmat peguam dalam menguruskan pembelian hartanah? Tidak bolehkah jikalau urusan jual beli tersebut tanpa melibatkan peguam? Bersama tetamu undangan Encik Khairul Anuar Mohamadiah, seorang peguam hartanah bagi menghuraikan persoalan berkaitan ‘Peguam Dan Hartanah’.

Cara Selamat Membeli Rumah

Bersama tetamu undangan Mohd Ali Abdul Majis, seorang konsultan hartanah dan pelaburan, berkongsi pengalamannya dan tips memiliki 200 hartanah ketika di usia 33 tahun dalam topik perbincangan ‘Cara Selamat Membeli Rumah’.

Hartanah Lelong

Bersama tetamu undangan Alan Poon, seorang perunding hartanah yang berpengalaman dalam ‘Hartanah Lelongan’ dan beliau akan berkongsi tips bagaimana untuk mula melabur dalam ‘Hartanah Lelong’ sehingga berjaya seperti beliau.

Dilema Gen-Y

Apakah dilema yang sering dihadapi oleh Gen-Y untuk membeli rumah pertama?
Saksikan Ishmael Ho, seorang Pakar Pemetaan dan CEO syarikat Ho Chin Soon untuk merungkai bagaimana cara untuk membaca peta secara spesifik dalam pembelian rumah pertama.

Generasi Muda & Hartanah

Comments are closed.