Movers & Shakers: Ken Myers, President of Tony Roma’s

Minggu ini kita berpeluang menemubual Ken Myers, presiden syarikat Romacorp Inc, yang merupakan pemilik franchise restoran Tony Roma’s diseluruh dunia.

Tony-Roma-01Tony-Roma-02 Tony-Roma-03

Kisah Tony Roma’s

Restoran Tony Roma’s yang masyhur dengan hidangan BBQ rib, telah berkembang pesat di Malaysia dibawah kepimpinan George Ang, CEO bagi pemegang francais untuk Malaysia, Revenue Valley Sdn Bhd. Kini terdapat 7 buah restoran Tony Roma’s di Malaysia dan jumlah jualan meningkat berkali ganda dari RM1.5 juta pada 2006 kepada RM32 juta pada tahun 2013.

Restoran Tony Roma’s yang pertama dibuka pada tahun 1972 di North Miami, Florida. Asalnya mereka bertumpu kepada hidangan steak dan hamburger. Satu hari, mengikut legenda syarikat, Tony Roma and chef David Smith membuat satu menu sementara dengan menggril baby back ribs dan dihidangkan dengan sos istimewa ciptaan Tony Roma sendiri. Tanpa disangka-sangka menu rib ini menjadi sangat popular sehingga restoran itu dikenali dengan BBQ rib.

Comments are closed.