Kl Atcc Mercu Tanda Industri Penerbangan Awam Negara

SEPANG, 14 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (kanan) ketika melihat model bangunan 'Kuala Lumpur Air Traffic Control Center' (KL ATCC) pada upacara pecah tanah projek itu berhampiran KLIA, hari ini.    Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEPANG, 14 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman (kanan) ketika melihat model bangunan ‘Kuala Lumpur Air Traffic Control Center’ (KL ATCC) pada upacara pecah tanah projek itu berhampiran KLIA, hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
–fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kompleks pusat kawalan trafik udara (KL ATCC) baharu Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam industri penerbangan awam negara, kata perdana menteri datuk seri najib tun razak.

Ketika merasmikan majlis pecah tanah kompleks bernilai RM650 juta hari ini, Najib berkata Kl Atcc baharu itu akan membentuk satu lagi pencapaian dalam program transformasi negara bagi meningkatkan mutu penyampaian awam.

Jika perkhidmatan trafik udara diuruskan dengan teratur dan efisien sudah pasti ia akan membuahkan rasa percaya dan yakin terhadap industri penerbangan dan pengangkutan udara di Malaysia.”

Kompleks itu menempatkan operasi kawalan trafik udara bagi ruang udara Kuala Lumpur yang dikenali sebagai ‘Kuala Lumpur Flight Information Region’ (KL FIR) bagi menjadi tunjang utama bagi keseluruhan trafik udara di negara ini termasuk sebagai pusat koordinasi sistem mencari dan menyelamat (SAR) bagi jabatan penerbangan awam (DCA).

Projek Kl Atcc itu merupakan titik permulaan pelaksanaan penstrukturan semula ruang udara Kl Fir apabila ia siap dibina.

Penstrukturan semula ruang udara Kl Fir itu akan membolehkan klia, satu-satunya lapangan terbang di rantau ini, beroperasi pada tahap maksimum melalui operasi tiga landasan secara serentak.

Operasi secara serentak ini disasarkan dapat mempertingkat kapasiti landasan di KLIA secara keseluruhannya daripada 78 kepada 108 pergerakan pesawat sejam, yang merupakan antara tertinggi di dunia.

Peningkatan itu, dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara melalui perkembangan industri penerbangan negara yang berterusan.

Najib turut mengumumkan DCA akan ditransformasikan sebagai badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pertengahan tahun ini.

Penubuhan CAAM itu akan memastikan urusan membabitkan industri penerbangan awam malaysia memenuhi piawaian dan tatacara keselamatan penerbangan awam yang disyorkan pertubuhan penerbangan awam antarabangsa (ICAO).

Penubuhan CAAM itu akan memberi kebebasan kepada badan itu untuk menyusun dan menempatkan pegawai teknikal berkelayakan bagi memastikan obligasi Malaysia dalam memastikan keselamatan industri penerbangan awam negara adalah selaras dengan aspirasi ICAO

Comments are closed.