Menangi tiket VIP untuk pergi menyaksikan Real Madrid & Barcelona FC!

Sempena ulangtahun Capital TV ke 5, kami akan membawa beberapa peminat Capital TV yang bertuah untuk menyaksikan Real Madrid beraksi di Santiago Barnebeu dan Barcelona FC di Nou Camp.

Anda mahu? Sertai peraduan #LaLigaBola kami:

Tunjukkan bagaimana anda meraikan gol kemenangan pasukan kegemaran anda

dan bulan hadapan anda mungkin salah seorang yang akan fly ke Sepanyol bersama kami!

Cara Penyertaan

  1. Ambil gambar atau video bagaimana anda & rakan-rakan anda meraikan gol kemenangan pasukan kegemaran anda dengan cara paling unik, menarik & bersemangat
  2. Like laman FB Capital TV dan Tourism Malaysia
  3. Poskan gambar atau video tadi di laman FB anda sendiri. Dalam pos itu letakkan hashtag #laligabola dan tag @thecapitaltv
  4. Tulis dalam komen pos peraduan #LaLigaBola – mengapa anda patut dapat tiket VIP itu. Dan tag 5 orang rakan anda yang mungkin berminat untuk bersama menyertai anda dalam peraduan ini.

Itu sahaja! Jangan lupa masuk dan Good Luck!

Mengenai Peraduan #LaLigaBola

  • Peraduan LaLigaBola ini dianjurkan bersama oleh Capital TV sempena ulangtahun ke 5 kami bersama dengan akhbar WARTA, dengan sokongan dari Tourism Malaysia dan LaLiga
  • Hadiah Utama
    • tiket VIP untuk menyaksikan Real Madrid bermain di Santiago Bernabéu Stadium atau Barcelona di Camp Nou pada bulan Mei 2017
    • jersi rasmi pasukan-pasukan bola LaLiga
  • Tarikh tutup peraduan ialah pada 30 April 2017, 12 tengah malam
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling menarik, unik dan bersemangat.

Syarat & Terma Peraduan

  • Peraduan ini dianjurkan oleh Online Dynamics (M) Sdn Bhd, syarikat yang memiliki stesen Capital TV dan yang menerbitkan akhbar WARTA
  • Penyertaan terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas
  • Setiap minggu, pemenang mingguan akan dipilih. Pada akhir peraduan ini, juri pengadilan akan memilih pemenang peraduan dari pemenang-pemenang mingguan.
  • Seseorang boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tapi hanya boleh dipilih menjadi pemenang mingguan sekali sahaja
  • Jika pemenang peraduan yang terpilih, atas apa-apa sebab, tidak dapat pergi menyaksikan perlawanan yang ditetapkan, pihak penganjur berhak untuk memberi hadiah kepada peserta yang lain.
  • Keputusan juri pengadilan adalah muktamad.
  • Tarikh tutup peraduan ialah pada tengah malam 30 April 2017
  • Anda tidak perlu membeli apa-apa atau membuat sebarang bayaran untuk menyertai pertandingan ini
  • Peraduan ini tiada sama sekali ditaja, disokong atau ditadbir oleh Facebook. Sebarang soalan, komen atau komplen mengenai peraduan ini mesti ditujukan kepada Capital TV dan bukan ke Facebook.

Jika anda ada sebarang soalan, sila hubungi kami melalui DM di Facebook Capital TV atau email ke alamat int[at]capitaltv.my

Comments are closed.