MODAL 10 K merupakan program majalah realiti mengenai pengurusan kewangan untuk memulakan sesebuah perniagaan. Program ini bertujuan untuk berkongsi cara-cara dan tips yang betul dalam memulakan sesebuah perniagaan dengan hanya menggunakan modal 10 ribu ringgit.
Berbeza dengan program yang sedia ada, program ini menjanjikan kelainan dari segi konsep yang akan ditonjolkan dan semestinya menarik dan penuh dengan informasi berguna di samping menghiburkan
Setiap Isnin jam 8.30 malam
Modal 10K Episod 1
Saksikan bagaimana Haikal daripada seorang pekerja bank memulakan perniagaan “Gerai Burger” dengan hanya Modal 10K. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui cara yang betul dan tips-tips kejayaan daripada personaliti perniagaan En. Syafiq, pemilik rangkaian perniagaan burger, Bob Republik. Semuanya dalam Modal 10K.
Modal 10K Episod 2
Minggu ini Haikal akan mencuba nasib dalam perusahaan pakaian. Adakah Haikal akan berjaya pada percubaan kali ini setelah impiannya untuk memulakan bisnes burger tidak kesampaian. Saksikan bagaimana Haikal merancang perniagaan pakaiannya dengan hanya modal sebanyak sepuluh ribu. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tips berguna daripada pengusaha pakaian 27 LEGACY. Semuanya dalam MODAL 10K.
Modal 10K Episod 3
Beralih dari perniagaan pakaian atas talian, Haikal pada minggu ini mengimpikan untuk memulakan perniagaan dalam bidang fotografi dan videografi untuk pelbagai majlis. Saksikan bagaimana Haikal merancang perniagaannya pada minggu ini sambil mendapatkan tips-tips dan rahsia untuk menjadi seorang jurugambar yang berjaya daripada En. Naim Fadil, jurugambar yang berpengalaman luas. Semuanya dalam Modal 10K.
MODAL 10K Episod 4
Nak tahu bagaimana cara yang betul untuk menanam timun secara fertigasi? Ikuti Haikal pada minggu ini dalam usahanya untuk menceburi bidang penanaman timun secara fertigasi dengan hanya modal sebanyak sepuluh ribu ringgit. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan input yang tepat dalam bidang perusahaan penanaman daripada usahawan yang berjaya. Semuanya dalam Modal 10K.
MODAL 10K Episod 5
Kalau minggu lepas Haikal merancang untuk menceburi bidang penanaman. Minggu ini, Haikal akan berjinak-jinak pula dalam bidang penternakan kambing. Nak tahu bagaimana Haikal melakukannya dengan hanya modal sepuluh ribu ringgit? Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti episod yang ke-5 Modal 10K.
MODAL 10K Episod 6
MODAL 10K Episod 7
Modal 10K Episod 8
Dari perniagaan burger sehinggalah perniagaan perkhidmatan perundingan, Haikal tetap tidak berjaya untuk memulakan sebarang perniagaan. Minggu ini, Haikal ingin mencuba nasib dalam perniagaan MLM dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan. Berjayakah Haikal? Jangan lupa saksikan episod kali ini dan dapatkan nasihat berguna daripada usahawan kosmetik RUZA DOLLFACE (Cik Zahirah & Cik Dory).
MODAL 10K Episod 9
Setelah mencuba nasib dalam pelbagai jenis perniagaan, Haikal tetap tidak berjaya memulakan empayar perniagaannya sendiri. Minggu ini, Haikal ingin berjinak-jinak dalam perniagaan pembuatan kek (Bakery). Berjayakah Haikal? Saksikan episod kali ini dan dapatkan resepi kejayaan Pn. Miza dalam perniagaan pembuatan kek.
Modal 10K Episod 10
Selesai dengan bisnes “Home Bakery”, Haikal masih tidak berputus asa untuk meneruskan perniagaannya dengan menjadi pembekal “doorgift” untuk pelbagai majlis. Adakah Haikal akan berjaya? Dapatkan pelbagai tips untuk menjadi seorang usahawan “doorgift” daripada usahawan yang hanya bermula daripada rumah.
Modal 10K Episod 11
Nampaknya, Haikal masih lagi berusaha untuk mencari perniagaan yang sesuai dengan jiwanya. Minggu ini, Haikal akan mencuba perkhidmatan mencuci kereta “car wash”. Jom saksikan bagaimana Haikal merancang perniagaannya minggu ini dan dapatkan rahsia menarik daripada usahawan yang telah menjalankan perkhidmatan “car wash”.
Modal 10K Episod 12
Daripada perkhidmatan “car wash”, Haikal beralih arah pula ke perkhidmatan cetakan baju “T-shirt printing”. Adakah Haikal akan berjaya pada kali ini? Saksikan Haikal minggu ini menjayakan impiannya untuk menjadi usahawan perkhidmatan cetakan baju daripada rumah dan dapatkan perkongsian menarik daripada individu yang telah berjaya menjalankan perniagaan ini.
Modal 10K Episod 13
Setelah berminggu-minggu mencuba pelbagai jenis perniagaan Haikal masih lagi tercari-cari perniaggan yang sesuai dengan jiwanya. Pada minggu ini, Haikal akan mencuba nasib dalam perniagaan sewaan barang-barang dan peralatan sukan air. Berjayakah Haikal? Jom saksikan episod kali ini dan dapatkan tips yang berguna daripada personaliti perniagaan yang telah pun berjaya.
Modal 10K Episod 14
Setelah ramai yang menghantar penyertaan untuk Peraduan Modal 10K, akhirnya, 5 finalis telah terpilih untuk membentangkan idea bisnes mereka kepada dua orang juri profesional iaitu En.Suhaimi Sulaiman dan Cik Hazel Hassan. Siapakah yang akan menjadi juara? Saksikan episod khas minggu ini, semuanya ekslusif dalam Modal 10K.
Very good channel. Help me a lot to gain lots of idea
Keep it up.
Comments are closed.