Persepsi: Ancaman Siber

RUANG CYBER: RELA BAWA BENCANA”

Kemunculan internet sebagai medium komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan capaian jatidiri. Ketika negara maju terus meningkatkan prasarana cyber masing-masing demi agenda tersembunyi, Malaysia tidak terkecuali mengorak langkah dan mendepang dada menerima satu lagi gelombang penjajahan dunia ini.

Orang ramai boleh memperoleh pelbagai maklumat sama ada yang berbentuk idea, propaganda, data rahsia,pendidikan,inovasi dan sebagainya yang disebarkan menerusi internet,namun kebebasan yang tiada batasnya dalam dunia siber menyebabkan aspek keselamatan seperti serangan siber dan sistem data maklumat negara mengundang mudah dibolosi.

Justeru, CyberSecruity ditubuhkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang berfungsi sebagai pusat keselamatan siber di Malaysia. Sejauhmana kewujudan Cybersecruity Malaysia ini diketahui umum, mengapa CSM sepi berbanding SKMM dan mengapa penggodam semakin berani?

[wzslider autoplay=”true”]

Episod 12 Persepsi: bersama Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amiruddin Abd Wahab – mengupas tugas CSM dan kebimbangan-kebimbangan maklumat yang berjaya dibongkar.

2 Comments

  1. You called Dr Amirudin, the CEO of CyberSecurity Malaysia, Dr Wahab just before he spoke.

    • You got him there!