Mari kita dengar sendiri ulasan 8 peserta industri mengenai respon pembeli antarabangsa bila menyertai pameran perdagangan antarabangsa seperti ATF

Prev1 of 9

ASIA TV FORUM 2016

Sentimen negatif ini rata-ratanya tidak disetujui oleh peserta kontinjen Malaysia yang menyertai Asia TV Forum 2016 (ATF) di Marina Bay, Singapura pada 7-9 Disember yang lalu. Mengikut pengalaman peribadi mereka, rancangan TV buatan Malaysia kini semakin popular dan dikenali ramai terutamanya rancangan animasi yang kini dianggap sudah mencecah taraf antarabangsa.

msia-pavillion
Pavilion Malaysia di ATF 2016
msia-pavillion2
Kawasan perbincangan dengan syarikat-syarikat Malaysia
atf-pavillion
Kawasan pavilion Jepun dan China

ATF ialah acara tahunan untuk pasaran kandungan TV yang terbesar di Asia Pasifik. Lebih 5,000 peserta profesional dari serata dunia dijangka telah menghadiri ATF tahun ini.

Lebih 10 syarikat dari industri TV dan animasi Malaysia menyertai Pavilion Malaysia di ATF 2016 dengan anjuran Finas dan sokongan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) dan Creative Content Association Malaysia (CCAM).

Prev1 of 9

ASIA TV FORUM 2016

SHARE
Previous articleFalcon
Next articleMawi Nak Jual Tabung Buluh?