Kesihatan mesti di utamakan. Mulai 16 Mei ini, mulakan hari anda dengan bersenam menggunakan Gerak Silat menurut ilmu Senaman Melayu Tua setiap hari bersama Tuan Guru Azlan Ghanie. Setiap hari pukul 7.30 pagi

sihat-silat-promo

Apakah itu Senaman Melayu Tua?

Senaman Tua adalah sebahagian dari Silat Melayu Keris Lok 9 yang dikaji dan dibangunkan pengasasnya, Tuan Azlan Ghanie daripada warisan keluarganya. Kini, ia diajar kepada umum berasingan daripada silat sebagai pemangkin kecergasan dan kesihatan.

[screenshot width=400]www.thestar.com.my/lifestyle/family/features/2013/09/25/bonding-over-an-ancient-art/[/screenshot]

Di dalam sebuah artikel dari akhbar The Star ada menyebut

Students start their classes with Senaman Melayu Tua, an ancient form of physical exercise that focuses on breathing techniques, stretches and movements to strengthen the body. After the warming up session, students learn different forms of loks (a Malay term for the curve on the blade of the keris).

Dalam program ini nanti, anda akan berpeluang mengikuti gerak senaman bersama Tuan Azlan dan pelatihnya setiap hari selama 30 minit. Dengan sukatan pergerakan yang khusus dipilih supaya menggunakan kurang impak (low impact) dan boleh dibuat didalam rumah mahupun dipejabat.

Sihat & Silat

Penghargaan kepada Pendita Azlan Ghanie, Pertubuhan Seni Silat Melayu Keris Lok 9 dan Persatuan Senaman Tua.