Syarikat Insuran Semula Warren Buffet Bertapak di Malaysia

Syarikat milik Warren Buffett, Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company (BHSI), akan mula bertapak di Malaysia setelah memperolehi lesen daripada pusat kewangan Labuan IBFC Malaysia Labuan FSA, untuk menyediakan insurans semula bukan hayat untuk pasaran Malaysia.

Dalam satu pengumuman pada 17 Januari 2017, syarikat itu berkata ia telah pun menubuhkan sebuah pejabat baru di Kuala Lumpur. Pejabat di Kuala Lumpur ini akan diterajui oleh Gaithrie Nandrajog sebagai Pengurus Cawangan dan Koo Kang Wuu sebagai Eksekutif & Profesional Lines dan Pengurus Pembangunan Perniagaan di Malaysia.

“Selepas membina akar asas syarikat di Singapura, Hong Kong, dan Macau, kami gembira untuk terus mengembangkan operasi kami di seluruh Asia. Kami akan menambahkan kapasiti insurans semula fakultatif dan produk-produk baru dengan sokongan aset yang kukuh untuk rakan-rakan insurans di Malaysia, ” ujar Marc Breuil, Presiden, Asia, BHSI.

Dengan pembukaan pejabat di Malaysia, syarikat itu akan terus memperkukuhkan keupayaan underwriting dan tuntutan di rantau ini. BHSI adalah sebahagian daripada kumpulan insuran National Indemnity milik Berkshire Hathaway yang mempunyai US$194.4 billion aset yang dibenarkan.

Di Asia, BHSI menaja jamin instrumen bon keluaran Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company dan juga mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Auckland, Brisbane, Düsseldorf, Hong Kong, Macau, Melbourne, Singapura, Sydney dan Toronto.

Comments are closed.