Tablet & Laptop Dilarang Didalam Kabin Pesawat ke UK & USA

Jikalau anda akan ke UK atau Amerika Syarikat, sila ambil tahu bahawa tablet, laptop, pemain DVD, permainan komputer dan gajet elektronik lain mungkin tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam kabin pesawat yang menuju ke UK dan USA.

Hari ini UK mengikut jejak langkah Amerika Syarikat yang melarang barangan elektronik yang saiznya lebih besar dari telefon bimbit dari dibawa masuk kedalam kabin pesawat yang datang dari beberapa negara tertentu dari Timur Tengah dan Afrika. Barangan seperti ini mesti disimpan masuk dalam bagasi checked-in.

Mengikut kenyataan dari jabatan Homeland Securities, langkah ini diambil kerana kononnya mendapat maklumat perisikan bahawa pihak ekstremis dan pengganas sedang mencari cara inovasi untuk meletupkan kapalterbang dan barangan yang tersebut mungkin digunakan sebagai bom.

banned-laptop

LARANGAN KE AMERIKA SYARIKAT

Penerbangan dari 10 lapangan terbang berikut adalah tertakluk kepada larangan tersebut: Cairo; Istanbul; Kuwait City; Doha, Qatar; Casablanca, Morocco; Amman, Jordan; Riyadh and Jeddah, Saudi Arabia; Dubai & Abu Dhabi dari United Arab Emirates.

Dalam satu emel sulit kepada kesemua syarikat penerbangan yang terlibat, kerajaan Amerika Syarikat memberi tempuh 96 jam untuk mereka mematuhi syarat tersebut. Setakat ini tiada tarikh tamat larangan yang diberi.

POLISI LAST PORT OF EMBARKATION

Larangan ini akan digunapakai mengikut polisi Last Port Embarkation, iaitu dari lapangan terbang terakhir penumpang itu menaiki pesawat. Jadi walaupun anda memulakan perjalanan dari Malaysia (yang tidak termasuk dalam senarai terlibat) tetapi transit di Abu Dhabi sebelum ke New York, maka larangan ini akan berkuatkuasa.

LARANGAN KE UK

hd-map-airports-stateskm

Larangan ke UK berbeza sedikit kerana hanya penerbangan dari Turki, Lebanon, Egypt, Saudi Arabia, Jordan dan Tunisia sahaja yang termasuk dalam senarai.

Dalam satu kenyataan bertulis daripada Department for Transport kepada Parlimen UK, spesifikasi larangan yang terlibat ialah jika ianya melebihi saiz 16.0cm x 9.3cm x 1.5cm.

 

Comments are closed.