The Boss

Hendak jadi boss yang hebat, mesti pandai buat deal. Itu lah premis gameshow terbaru dari Capital TV – The Boss.

Setiap minggu enam peserta akan beradu untuk menjadi The Boss terhebat. Didalam senario sebagai ahli firma venture capital (VC) – mereka akan berdepan dengan pilihan projek-projek pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Seperti lumrah dalam praktis pelabur VC, risiko pelaburan akan dikurangkan dengan berkongsi dengan firma VC yang lain.

Siapakah yang bijak meyakinkan rakan-rakan VC yang lain dan seterusnya menjadi Boss yang memimpin deal making dengan memberikan pulangan yang paling tinggi? Dan siapakah yang ketinggalan akibat komplot diantara seteru VC yang lain?

Gameshow yang lain dari yang lain. The Boss

 

Setiap Isnin 8.30 malam di Capital TV

Comments are closed.